Wednesday, December 18, 2013

Bengkel Jejak Makanan di Taman Panorama Benak 13-14 Ogos

Oleh : NewsDesk
Tarikh Disiarkan : 11-Aug-2013

SRI AMAN, Sabtu – Kesatuan Warisan Sarawak (SHC) akan mengadakan bengkel bertempat di Taman Panorama Benak, Sri Aman bermula dari 13 hingga 14 Ogos ini nanti. Siaran media memberitahu bengkel-bengkel tersebut adalah Jejak Makanan Dan Kesenian, Sesi Penerangan Awam (Mandarin / Inggeris) serta Jejak Makanan Dan Demonstrasi Kerja Pertukangan di tapak pembinaan Museum Warisan Sri Aman.

Jejak Makanan Dan Kesenian akan bermula pada dari jam 2 petang hingga 4.30 petang pada 13 Ogos di Taman Panorama Benak dengan Sesi Penerangan Awam akan menyusul dari jam 7 malam hingga 9.30 malam. Para peserta bengkel akan mempersembahkan hasil Jejak Makanan masing - masing selain diberi peluang untuk meluahkan erti Kubu Alice (Museum Warisan Sri Aman) menerusi sesi bengkel interaktif bersama Karen Shepherd dan Mike Boon dari SHC. “Kemudian, para peserta menerusi Sesi Penerangan Awam akan dibawa berdialog dalam Bahasa Mandarin tentang Kubu Alice oleh Chue Cheen Choon dari Kesatuan Budaya Cina Sarawak pada malam itu,” katanya.

Pada 14 Ogos, kesemua para peserta akan dibawa ke tapak pembinaan Museum Warisan Sri Aman bagi menyaksikan demonstrasi tentang penggabungan semula perabot lama yang ditemui ketika proses pembinaan semula tapak itu oleh Pakar Pertukangan, Ting Nik Sing dan pasukannya. “Demonstrasi ini akan diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Justeru diharap bengkel seperti itu dapat menambah ilmu mengenai sejarah warisan di Sri Aman kepada para peserta selepas ini,”katanya. Terdahulu kesemua bengkel berkenaan adalah merupakan rentetan daripada program Reminiscing Forgotten Treasure ‘ Simanggang’ yang dilancarkan di Sri Aman pada bulan Mei lepas.

Ia dimulai dengan bengkel awam pada 23 Mei dengan para pesertanya menyaksikan proses Miring sebelum kerja pembinaan Kubu Alie kepada Muzeum Warisan Sri Aman dimulakan selepas itu. Program itu mendapat sokongan daripada Simanggang Soon Heng Society, Malaysian Institute of Architects Sarawak Chapter (PAMSC), NS Bluescope Lysaght (Sarawak) (Lysaght), Jabatan Muzium Sarawak dan Kumpulan Persembahan Bakat Dan Seni WuJiaoJi.

Dipetik daripada:
http://www.utusansarawakonline.com/news/4834/Bengkel-Jejak-Makanan-di-Taman-Panorama-Benak-13-14-Ogos/

No comments:

Post a Comment